Saturday 28 July 2012

Mulut awak bau kasturi tak ?

 Assalamualaikum.

 Rasa macam lama sangat x hapdet belog *padahal baru 11 hari kihkihkih;) korang mesti rindu kannn???#angguk2.HOOIII! bukan rindu kat athirah lah!! YE2! athirah tahu..korang mesti rindu nak tengok entry-entry baru dari athirah kann??alah..yg ade doodle-doodle yg out dated tu~ tau ponnn. Mestilah athirah tahu..orang sekarang tak main colour2 dah..main hitam putih je kannn..tapi tak pe..athirah mmg suka bab-bab meng'colour' ni. HEHEHE~ (guna athirah pula utk entry ni ;)
  
 Athirah  nak update pasal bulan puasa , iyolah! dah kato bulan puaso kan? Eh! beforehand DENGAN INI SAYA UMMU ATHIRAH BT MD HASAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERADA DIATAS MUKA BUMI ALLAH INI :)  <---kenapa perlu colour purple ye? Sbb itu colour tema baju raye kite utk tahun ni..awwwW~*mate kelip2. Semua dah besar kannn? So, dah tak boleh ponteng-ponteng puasa and puasa half day macam kecik-kecik dulu okay!~_~

 Bercerita tentang puasa, mesti korang sendiri tahu betapa banyaknya fadhilat berpuasa lagi-lagi dalam bulan istimewa untuk umat islam ni iaitu Bulan Ramadhan. Bagi sesiapa yang ingat-ingat lupa fadhilatnya apa? meh meh*muka excited athirah nak refresh serba sedikit :DDD

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullhan SAW bersabda : 

 “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. 
  • Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. 
  • Ikan-ikan dilautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. 
  • Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “ Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan besar ( di dunia ) dan akan mendatangimu. 
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantai supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
  • Pada malam terakhir bulan Ramadhan ( orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan. Maka para sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Persuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “ Tidak tetapi selayakknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”
 
 Ada banyak lagi fadhilat-fadhilat yang kita boleh peroleh dgn menjalani ibadah puasa dgn sebaik mungkin. Bila sentuh bab bau mulut orang yang berpuasa ni kita pun tahu firman Allah yang membawa maksud "Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi." Tapi itu tak bermaksud kita boleh bercakap banyak daripada biasa hanya untuk melontarkan bau 'wangi' yg keluar dari mulut masing-masing ye kawan-kawan *maklumlah orang Malaysiakan suka bersedekah ;D sbb bau harum itu disisi Allah, bukanlah manusia.

p/s: tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yang sudah mati ;)

  Mungkin kita patut KURANGKAN BERCAKAP benda-benda yang tak berfaedah dan dalam masa yang sama boleh KURANGKAN DOSA KITA yang sedia menggunung DAN....sekali gus dapat KURANGKAN DOSA ORANG lain *yelah..sape tak cakap bukan2 dalam hati bile rimas dgn 'bau' mulut org kan??.<---harap kita semua bukan golongan yg ini. Na'uzubillah.. :) samo-samo lah kito beramal yo ^_^Y

Tuesday 17 July 2012

Tazkirah Ayah masuk Radio !

  Assalamualaikum w.b.t ;)
 Aduhhh!!! asyik dye je update blog!!org lain xde ke ohoooOi~ ehhh..biaq pi kat ceq la..yang hangpa duk kalut pasai apa?HEHE.. maaf lah.. semenjak otak berehat dari belajar laju-laju ni macam2 pula perkara sekeliling yang menjadi perhatian lebih daripada biasa. :)))
 Seperti biasa if ayah tak pergi masjid waktu maghrib, ayah akan ajak kami seluarga untuk solat berjemaah. Sebelum mula solat ayah selalu memperingatkan kpd kami tentang fadhilat solat berjemaah dan perlu sentiasa berasa rendah diri dihadapan Allah.. Seriously, cara itu sangat berkesan utk menambahkan kekhusyukan dlm solat.



 Setelah selesai solat dan bedoa, ayah memulakan tazkirahnya kepada kami. Lately, tazkirah yang ayah selalu highlight kan ialah tentang umur dan iman. Kebetulan otw aku nak ke tempat practical ada ustaz IKIM.fm cerita tentang benda yg sama. TAzkirahnya berbunyi begini;

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Umur umatku antara 60-70 tahun."  

  (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


 Hadith ini menerangkann tentang maximum umur kebanyakan umat akhir zaman. Kecuali mereka-mereka yang bertuah dan diberi penghargaan oleh Allah s.w.t untuk terus hidup sehingga umur mereka mencecah 80 tahun dan keatas. Mereka ini menerima penghargaan untuk hidup lebih lama kerana telah banyak dugaan yang mereka terima sepanjang hayat mereka diatas muka bumi- Nya ini dan hati mereka sentiasa teguh dgn agama Allah.

 Bila ditolak tambah, tak sampai 40tahun masa untuk aku beribadah.  Cukupkah waktu itu untuk aku mengumpul bekalan bagi kehidupan di alam barzakh kelak? Anda semua bagaimana? Baru aku faham sekarang kenapa orang dahulu sentiasa minta dipanjangkan umur daripada meminta dipanjangkan harta dan lain-lain. Kerana apabila kita dipanjangkan umur, automatic segala keperluan hidup kita akan dipanjangkan juga. Kita perlulah sentiasa beringat bahawa ajal maut itu ditangan Tuhan. Muda mana pun kita, if dah sampai ajal tiada siapa yang dapat menghalangnya. Semoga ajal menjemput kita sewaktu kita sedang beriman kepada-Nya. Amin.

Sunday 15 July 2012

Kecewa Untuk Kali ke-2 :(

Assalamualaikum w.b.t..

  Mesti korang nak tahu sgt ape benda yang membuatkan aku kecewa kenn?? ye aku tau ade yg ckp 'do i care??' tidak mengapa ye kawan2..aku suka org yg mcm tu..sbb suka? coz even org mcm tu tak care sgt pasal aku dia tetap luangkan mase untuk stalk aku..muahahaha! ok back to the mood. -_- Actually cuti sem kali ni adalah cuti sem yg ke-2 aku perlu gadaikan untuk menjalani 'practical' dimana org melayu pggil 'latihan industri' weheee~

  Aku tau...ramai yang ckp tak patut aku rase mcm ni kennn??sbb
      1. Practical kan boleh tambahkan pengetahuan awak cik athirah
      2. Secara tak langsung pengalaman awak akan lebih meluas dalam construction field ken...
      3. Kawan awak pon akan bertambah dan bertambah dan bertambah lagi #ate awok ken suke benor beteman
                   blablabla~

  Ya! aku tak nafikan semua yang diatas betul dan berasas! malah lebih banyak kebaikan yang aku boleh perolehi dari internship yg aku jalani. Tapi dari sudut lain disebabkan tempat practical agak jauh untuk ulang alik dari rumah aku terpaksa sewa bilik! means aku terpakse berjauhan dari family aku puasa kali ni.. :'( bila dah sewa bilik kompom2 penyewa bilik yang lain aku tak kenal dan perlu ambil mase utk kenal hati budi dan perasaan masing2 acceewah! bukan setakat tu je..kehidupan aku akan bertambah sunyi bile aku terperap dlm bilik je *sbb kalo nak pi kuaq jejalan ceq tak brape familiar sgt dgn kwasan tu..
   
  Mungkin ini adalah dugaan untuk aku capai cita2 aku. So dgn hati yang tabah, tepat jam 12.00 am bermulalah  episode 1 aku berpractical bersama 2 orang classmateku yang senget macam aku. Doakan segalanya berjalan dengan terbaik ye kawan-kawan. Sayang korang semua!!! xoxo ;DDD

Bersedia untuk penuhkan meja dgn colour!^_^
Ihsan google


Thursday 5 July 2012

Girlfriends

 Di tengah-tengah kesesakan jadual exam yang kelam kabut my girlfriends and i telah sebulat suara untuk memberi penghargaan kepada diri masing2. Haaa..mcm karangan kenn?

 Kisahnye mcm ni..bersempena gap exam yg panjang ni kebanyakan student balik rumah..tp aku decide utk stay dkt rumah usang ni je. SANGAT SEDIH!pleeaaaasee lah cepat habis exam ni!!nak balek!!!!:((( KENAPA TAK BALEK RUMAH?!!! yinwei...(kerana...) aku tahu kalau aku balik rumah aku akn lalai dgn dunia rumah ku sendiri..korg pon mesti tau kenn berjuta dugaan kat rumah yg boleh buat kite x pegang buku.. #psst!yg nerd tu aku tak tahu plak mcm mane.hehe tapi yg pastinye AKU mmg xkan pegang buku kalau dduk rumah teheee~:DDD

 So, utk meng'happy'kan hati dan diri ini aku and kwn2 aku keluar berjimba. Lokasi yg dipilih: IKEA (utk mkn meatball) and THE CURVE (utk jadi penyanyi sambilan) ;D
 

IKEA

girlfriends <3
B)
meatball . nyam3~
fara . dila
Gossip girls
fatin . me . chicken
THE CURVE
HOT!
:DDD
Happiness come from within :)))