Thursday 22 August 2013

RIANGRIA CONVORAYA ;D

Assalmualaikum.

  Firstly...... TERIMAKASIHSEMUAAAAAATERIMAKASIHSANGAT!*1harkat. Thank you very much! Sebab masih sudi menjadi pelancong blog TIRA. Meh kiss pipi laju laju mehh ^^ hihiii.

  Sedar, tapi buat buat tak sedar, tambah tolak darab bahgi, lebih kurang tujuh bulan lebih la jugak tak hapdet pape kat blog. Tujuh bulan? TUJUH BULAN WOIIIIIIIIIII. LAME TUUUUU... Teheeeee ^^ Tujuh bulan je.... Maaf. Bukan apa masuk Final sem memang busy dia overload sikek. Nah "MAAF" lg sekali. 

 Okayyyyy... disebabkan mood TIRA tengah berlari datang meresap kedalam jiwa ni(hamboi) nak la jugak balas dendam untuk cerita tujuh bulan lebih lebih tu kenn. Tapi cerita tujuh bulan kebelakang tu ringkasan semata-mata saja, yang lebihnya opkos pasal CONVO & RAYAAAA...*haaa tgok balik tajuk...tengok balikkk..hihi^^ 

  Seperti biasa lepas habis exam semester5 itu hari, bermulalah cuti sem yang didambakan selepas 2tahun belajar. Sebab apa "DAMBA"? sebab cuti sem itu hari sangatlah indah! Tidak terganggu oleh praktikum, partime dan segala  aktiviti yang boleh menjauhkan diri aku dgn keluarga bahagiaku..Wuuuuuuuuuuu~~~*Cuti sem tamat. HAHA!

  Part6. ENTER. Okayyy seperti yang telah digembar gemburkan dalam perenggan ke dua(aicehh) TIRA agak busy. Pertama, dari start sem dah busy untuk siapkan dissertation. *Dissertation tu ape? Dissertation tu sama sejibik dengan thesis :) sampailah 3 ke 4 minggu sebelum exam start. Lepas dah settle dissert, busy pulak dengan subject applied study. Secara gorengnya, applied study adalah subject yang mana merangkumi case study, site visit, dan document compilation secara berjemaah bersama ahli group yang lain bagi membentangkan produk yg telah siap dengan ohsemnyeee....HAHA. Maksudnya subject yang ada final presentation je.... Itu je sebeno nyeee hihi. Next, final exam. Dijawab dengan penuh tawakkal dan restu dari kedua org tua sambil hati meronta memohon petunjuk dari Allah dan kekasihNya supaya sentiasa dipermudahkan urusan sentiasa*resepibelajar Akhirnya result pun keluaq. Alhamdulillah. Dah boleh grad, mungkin belum 'officially' tapi bahangnya sudah teghasaaaaa XD. Tarikh convo TIRA tak tau lagi bila. Sekarang sedang paksa diri untuk sibuk dengan aktiviti meng'hard cover'kan dissert yang telah disemak. Again, Alhamdulillah ;')
   
   RAYA. Raya TIRA kali ini lebih panjang rasanya dari raya raya yang lepas. Sebab sampai ke hari ini dan mungkin sampai ke ahad depan TIRA masih beraya ke sana ke sini, Insya"Allah^^. Tahun depan, jika dipanjangkan umur mungkin dah tak boleh raya sebulan penuh lagi. Sebab? Sebab belum ada lagi office yang bagi cuti sebulan kepada pekerja mereka utk cuti hari raya. teheee ;) Okay dah boleh stop membebel rasanya, takut ada yang muntah banyak sangat membaca. Kita jumpa lagi dlm next entry. Janji yaa jumpa lagi ;)
Jantung.
Le cousins #1

Le cousins. #2
Le friends. #1
Le friends #2

Le friends. #3
Le friends #4

#Pssst! Raya raya jugak, Solat jangan tinggal ye ;)