Thursday, 9 April 2015

I'M BACK!! :D

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum followerssss *muntah hijo* HAHA

Kurang lebih 19 bulan haaaaa tak hupdate blog baq ang! Gila ke ade follower lagi? Takpe. Diri sendiri jadi follower sendiri pun comel. Hihi^_^


Actually entry ni dipost takde isi penting sangat pun. Cuma. As mukadimah untuk entry seterusnya. Hint? Entry selepas-selepas ni akan lebih cenderung kepada isu-isu orang dewasa or mak-mak. Haaaaa gitu.

Eh? Kenape mesti MAK-MAK? heheeee Sebabnya I bakal melangkah ke alam keemak-emakkan~ YES dah kahwin! I DAH KAWENGGGG! Macam tiba-tiba sangat kennn? sebenarnye takde lah tiba-tiba sangat. Semuanya terjadi dalam masa setahun lebih I bersembunyi dari exposekan diri dalam belog sendiri kihkih. *Malas eh?* Malas? eh bukan malas. Cuma takde masa nak mengadap lappy berejam perah idea nak merepek apa kat hampa semua :D.

Okay! Seperti yang dijanjikan! *Bila masa ang janji?* Oh! ayat tak habeh. Seperti yang I janji kat sekalian sahabat handai I bahawa I akan share beberapa tips persediaan before kahwin especially pasal 'budget kahwin', Next entry I akan hupdate cara I calculate budget kahwin I hokayyyy. Stay tuneeeeedh HAHA. ;)

Saturday, 9 November 2013

Athirah&Eymil E-Day


Bilmillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum.


Dengan segala kekuatan yang terkumpul hari ini, terbitlah satu babak baru dalam blog milik Athirah Hassan a.k.a Pelangi Kecil dimana babak yang satu ini akan menjadi antara babak kecintaan Insya'Allah sampai ke hari tua ;D Eh? Kenapa perlu kekuatan? Kan ini hobi? Kan? Kan? Sebab dewasa kini Athirah Hasan a.k.a Pelangi Kecil tersangatlah busy menguruskan hal-hal kehidupan. Aicehhhh... Ayat nak berbunga sajorrrr. SUDAH SUDAH. Buat biasa.


AL_KISAHH......
Tanggal 3.11.13 bersamaan 29Zulhijjah1343 Masihi, Ummu Athirah binti Md Hassan telah sah menjadi TUNANGAN orang. Seriouslyyyyy? I mean, LIKE SERIOUSLYYYY? :O YUPP! ini bukan setakat 'se' ini sudah takat Jutarious :D

PERANCANGAN: Kenapa tiba-tiba? kan? mesti chuollss tertanya-tanya kennn? Majlis ini bukan dijalankan secara tiba-tiba, tapi sudah mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak sejak beberapa bulan islam yg lepas. Sengaja  tidak mewar-warkan awal perihal majlis kecil ini kerana rasa macam tak perlu jeww macam tak perlu jeww. HAHA nampak tak kat situ dah terjangkit penyakit MACAM.

PERSIAPAN: Chuolss nak tahu persiapan yang mana satu? Hantaran? Oh . Kesemua hantaran saya gubah sendiri. Lagi? nak tahu apa? Pakaian tunang? Oh. Baju saya tempah semestinya! nak jahit sendiri memang tidaklah. Melainkan jahit jelujur dibeberapa penjuru baju bolehlah. TAPI TAPI TAPIIIII shawl and veil yang saya pakai pada hari kejadian adalah hasil titik peluh saya sendiri selama 3malam berturut-turut. Haaaaa.... Jadi sesiapa yang nak tempah veil tunang ke nikah keeee or shawl yang paling selesa didunia untuk any event bolehlah inform yeeee. Murah jeeeeee *Promote kejap ^^ 


JEMPUTAN: Jemputan untuk E-Day Athirah and Eymil hanya jemput keluarga, saudara, dan sahabat rapat dan terdekat sahaja. Bajet dalam 80 orang. Ramai? Memang ramai sebab family Athirah besar ^^


Ada lagi soalan? Apa dia? Apa dia? Haaaa sila ke kotak comment jika ada sebarang kemusykilan ye. Mana lah tahu nak dapatkan apa-apa tips untuk E-Day uolls nanti kannnnn.. #EHHH? HAHA. Insya'Allah Athirah akan jawab semua kemusykilan uolls dengan senang hati ^^


Alhamdulillah, majlis pertunangan tersebut berjalan lancar tanpa sebarang siaran tergendala. Doakan majlis Athirah and Eymil yang seterusnya juga berjalan dengan selicinnya ye kawan-kawan ;*






31113

♛RatU




Sarung Cincin

Eymil's Mama & Ummi

Eymil's Opah

Eymil's

Hassan's Properties

Mohtar's Properties

Cousins

Besties

Soulmate

E-Day



HANTARAN: 

Prayer mat

Fruits

Chocolates

Red velvet cake


Blueberry Cheese Tart

Mini Pavlova


For solemnization dress

p/s: Nak tempah gubahan hantaran pun boleh ;)

Thursday, 22 August 2013

RIANGRIA CONVORAYA ;D

Assalmualaikum.

  Firstly...... TERIMAKASIHSEMUAAAAAATERIMAKASIHSANGAT!*1harkat. Thank you very much! Sebab masih sudi menjadi pelancong blog TIRA. Meh kiss pipi laju laju mehh ^^ hihiii.

  Sedar, tapi buat buat tak sedar, tambah tolak darab bahgi, lebih kurang tujuh bulan lebih la jugak tak hapdet pape kat blog. Tujuh bulan? TUJUH BULAN WOIIIIIIIIIII. LAME TUUUUU... Teheeeee ^^ Tujuh bulan je.... Maaf. Bukan apa masuk Final sem memang busy dia overload sikek. Nah "MAAF" lg sekali. 

 Okayyyyy... disebabkan mood TIRA tengah berlari datang meresap kedalam jiwa ni(hamboi) nak la jugak balas dendam untuk cerita tujuh bulan lebih lebih tu kenn. Tapi cerita tujuh bulan kebelakang tu ringkasan semata-mata saja, yang lebihnya opkos pasal CONVO & RAYAAAA...*haaa tgok balik tajuk...tengok balikkk..hihi^^ 

  Seperti biasa lepas habis exam semester5 itu hari, bermulalah cuti sem yang didambakan selepas 2tahun belajar. Sebab apa "DAMBA"? sebab cuti sem itu hari sangatlah indah! Tidak terganggu oleh praktikum, partime dan segala  aktiviti yang boleh menjauhkan diri aku dgn keluarga bahagiaku..Wuuuuuuuuuuu~~~*Cuti sem tamat. HAHA!

  Part6. ENTER. Okayyy seperti yang telah digembar gemburkan dalam perenggan ke dua(aicehh) TIRA agak busy. Pertama, dari start sem dah busy untuk siapkan dissertation. *Dissertation tu ape? Dissertation tu sama sejibik dengan thesis :) sampailah 3 ke 4 minggu sebelum exam start. Lepas dah settle dissert, busy pulak dengan subject applied study. Secara gorengnya, applied study adalah subject yang mana merangkumi case study, site visit, dan document compilation secara berjemaah bersama ahli group yang lain bagi membentangkan produk yg telah siap dengan ohsemnyeee....HAHA. Maksudnya subject yang ada final presentation je.... Itu je sebeno nyeee hihi. Next, final exam. Dijawab dengan penuh tawakkal dan restu dari kedua org tua sambil hati meronta memohon petunjuk dari Allah dan kekasihNya supaya sentiasa dipermudahkan urusan sentiasa*resepibelajar Akhirnya result pun keluaq. Alhamdulillah. Dah boleh grad, mungkin belum 'officially' tapi bahangnya sudah teghasaaaaa XD. Tarikh convo TIRA tak tau lagi bila. Sekarang sedang paksa diri untuk sibuk dengan aktiviti meng'hard cover'kan dissert yang telah disemak. Again, Alhamdulillah ;')
   
   RAYA. Raya TIRA kali ini lebih panjang rasanya dari raya raya yang lepas. Sebab sampai ke hari ini dan mungkin sampai ke ahad depan TIRA masih beraya ke sana ke sini, Insya"Allah^^. Tahun depan, jika dipanjangkan umur mungkin dah tak boleh raya sebulan penuh lagi. Sebab? Sebab belum ada lagi office yang bagi cuti sebulan kepada pekerja mereka utk cuti hari raya. teheee ;) Okay dah boleh stop membebel rasanya, takut ada yang muntah banyak sangat membaca. Kita jumpa lagi dlm next entry. Janji yaa jumpa lagi ;)
Jantung.
Le cousins #1

Le cousins. #2
Le friends. #1
Le friends #2

Le friends. #3
Le friends #4

#Pssst! Raya raya jugak, Solat jangan tinggal ye ;)