Tuesday 17 July 2012

Tazkirah Ayah masuk Radio !

  Assalamualaikum w.b.t ;)
 Aduhhh!!! asyik dye je update blog!!org lain xde ke ohoooOi~ ehhh..biaq pi kat ceq la..yang hangpa duk kalut pasai apa?HEHE.. maaf lah.. semenjak otak berehat dari belajar laju-laju ni macam2 pula perkara sekeliling yang menjadi perhatian lebih daripada biasa. :)))
 Seperti biasa if ayah tak pergi masjid waktu maghrib, ayah akan ajak kami seluarga untuk solat berjemaah. Sebelum mula solat ayah selalu memperingatkan kpd kami tentang fadhilat solat berjemaah dan perlu sentiasa berasa rendah diri dihadapan Allah.. Seriously, cara itu sangat berkesan utk menambahkan kekhusyukan dlm solat.



 Setelah selesai solat dan bedoa, ayah memulakan tazkirahnya kepada kami. Lately, tazkirah yang ayah selalu highlight kan ialah tentang umur dan iman. Kebetulan otw aku nak ke tempat practical ada ustaz IKIM.fm cerita tentang benda yg sama. TAzkirahnya berbunyi begini;

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Umur umatku antara 60-70 tahun."  

  (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)


 Hadith ini menerangkann tentang maximum umur kebanyakan umat akhir zaman. Kecuali mereka-mereka yang bertuah dan diberi penghargaan oleh Allah s.w.t untuk terus hidup sehingga umur mereka mencecah 80 tahun dan keatas. Mereka ini menerima penghargaan untuk hidup lebih lama kerana telah banyak dugaan yang mereka terima sepanjang hayat mereka diatas muka bumi- Nya ini dan hati mereka sentiasa teguh dgn agama Allah.

 Bila ditolak tambah, tak sampai 40tahun masa untuk aku beribadah.  Cukupkah waktu itu untuk aku mengumpul bekalan bagi kehidupan di alam barzakh kelak? Anda semua bagaimana? Baru aku faham sekarang kenapa orang dahulu sentiasa minta dipanjangkan umur daripada meminta dipanjangkan harta dan lain-lain. Kerana apabila kita dipanjangkan umur, automatic segala keperluan hidup kita akan dipanjangkan juga. Kita perlulah sentiasa beringat bahawa ajal maut itu ditangan Tuhan. Muda mana pun kita, if dah sampai ajal tiada siapa yang dapat menghalangnya. Semoga ajal menjemput kita sewaktu kita sedang beriman kepada-Nya. Amin.

2 comments:

  1. Entry yg berguna.
    buat diri ini tersedar dr kelalaian dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nadia..
      semoga kita semua sentiasa teguh diatas jalan-Nya :)

      Delete