Tuesday 16 October 2012

Air dicincang mustahil putus! (Ayah,2012) ^_^

Assalamualaikum (:

 Entry kali ini saya ingin fokuskan tentang HUBUNGAN. Hubungan apa? hubungan laa.. hubungan dengan kawan..kawan istimewa..keluarga..haiwan..sesama muslim..sesama manusia..dan segala isi alam yang bernyawa di atas muka bumi ni ;) But! today i just want to focus on FAMILY RELATIONSHIP.


 Mesti korang semua biasa dengar kan mak or ayah or mama or baba or pacik or macik korang cakap "Ape pun yang terjadi jangan sesekali putus atau lupakan keluaga kita" kan? kan? Haaaa. Untuk yang dari kecil tak habis-habis lagi berdendam dengan mana-mana ahli dalam keluarga sendiri better hilangkan perasaan tu *kalau ade lah.korang mesti xde kan..?semua anak baik-baik kan...? Good boboy+gegirl ;) tapi tapu tapot..kalau ade... Maafkanlah segala kesalahan orang sekeliling seperti mana kita mengharapkan keampunan Allah di atas segala dosa-dosa kita. Itu kan lebih COMEY ;)



 Hoooh! cakap pasal ukhuwah kekeluargaan ni kan saya nak share kisah zaman para sahabat dahulu dengan korang semua. Nak baco tak? :O #naaAAKkkk!#tanoOOk!#nAaaak! OK. 2-1 so 'nak' menang! Mehh mehhh! Mari dekat~ Mari dekat~ #sebelum tu nak habaq mai. Saya dengar kisah ni dari ayah tercinta :) Jadi cerita dari saya ni adalah ringkasan dari kisah yang dicerita ayah <3

"  Pada zaman sahabat dahulu ada seorang rakan kepada 'seorang sahabat' jatuh sakit dan tenat. Ketika beliau nazak, sahabat telah pergi ke rumah rakannya itu untuk melawat. Ketika beliau melawat, tiada seorang pun ahli keluarga beliau yang ada pada masa itu. Lalu malaikat maut pun turun menyampaikan pesanan kepada sahabat yang berbunyi 'suruhlah rakanmu itu menjalinkan ukhuwah'. Selepas pesanan itu diberi kepada rakannya yang tenat itu, maka pergilah rakannya itu mencari keluarganya yang terpisah selama ini. Dengan berkat ukhuwah yang terjalin itu, rakannya dipanjangkan umur selama 6 tahun. Dan selepas 6 tahun rakannya itu jatuh sakit dan tenat lagi, lalu dipesan lagi supaya berukhwah. Dengan berkat ukhuwah tersebut dipanjagkan lagi umurnya selama 6 tahun sehinggalah ajalnya tiba."
 Pada zaman serba canggih ini ramai yang kaya dengan harta tetapi miskin bila bercakap soal kesihatan. Bukan cetek pengetahuan tetapi banyak penyakit. Bukan tekaan tapi ini realiti. Betul tak? ramai yang terlantar diatas katil hospital bertahun-tahun baru meninggal. Setiap peristiwa pada zaman dahulu haruslah dijadikan  titik sandaran kepada setiap masalah kita hari ini. Tetapi ramai yang masih tidak perasan tentang 'formula' ini. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kan? Mungkin dengan pengetahuan yang sedikit ini korang boleh sampaikan kepada keluarga korang atau mungkin kisah tauladan di atas dapat menolong sedikit sebanyak untuk masalah dalam kehidupan korang mahupun sekarang ataupun masa depan. Insya'Allah. Ukhuwah fillah wa mahabbah lillah <3 Assalamualaikum ^_^


*psst! kali ni takde cartoon. Lately pelangi busy. Musim hujan kan.. muehehe ^_^Y

No comments:

Post a Comment